duit poket nourul..

jom exchange link :)

Saturday, July 31, 2010

ape dapat pegi MASJID INDIA??

assalamualaikum dan salam sejahtera..berita dilapor dari jalan masjid india,Kuala Lumpur..terdapat pasar sabtu yang sangat sesak dengan ribuan org ramai hari ini..semuanye berpusu2 membeli pelbagai brgn yg kebanyakkannye membeli baju,kasut,mknn dan mcm2 aksesori yg murah2..murah ke?boleyla dikatekan murah ek..huhu..tapi..ape yang nourul dpt pegi sane ek??..ape yg nourul dpt tak der kene mengena pon ngan ape yang dikatekan spt diats tadi..nourul cume membeli sebuah kamus @ dictionary utk kegunaan sorg yg bergelar student..maklom sajelah,nourul bukan dlm golongan yg PRO ENGLISH..kalo ade sape2 baik hati nak bagi nourul tuisyen English,nourul trima dgn hati yg terbuke..heheehee..



ini la kamus tu..diimport dr Uni.Oxford..hehee..


ade sape-sape nak kirim??

salam semua..ni adalah entry sebelum memejamkan mata,memekakkan telinga dan membisukan mulut..mata da kuyu habis ni,telinga pulak da xley dgr dgn jelas ,mulut pulak da terkatup xley bukak..kene zip..huhu..ni semua disebabkan mata yang sgt mengantok tapi nak wat gak entry last utk malam yang tak berapa malam sgt da..da masuk pagi bute pon.

besok nourul nak pegi Masjid India..ade sape2 nak ikot?..jom la pegi skali..besok ade pasar sabtu,sape2 yang suke menghimpitkan mempenyekkan diri memang kena sgtla tempatnye tu..hehee..ekcelli nourul nak wat RAPIDPASS PELAJAR kat Pasar Seni,alang2 da sampai sane skali la membeli belah walaupun tgh kenipisan wang..sobbs2..kalau ade sape2 geng2 bus rapid mcm nourul ni jom ler skali kite wat rapidpass pelajar..jimat skit..tapi untuk pelajar sahaje ye..

sape2 nak join ley contact no ni..014-734.. tekan2 tak dapat...hehee..

p/s: kemerepekkan melanda diri..kasi letak kepale atas bantal sekarang.!!zzzzz..

Thursday, July 29, 2010

Wanita Indonesia Dipenjara Dua Tahun Kerana Buang Bayi


JOHOR BAHARU, 29 Julai (Bernama) -- Seorang wanita rakyat Indonesia pada Khamis dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku salah membuang bayi lelakinya, awal bulan ini.

Majistret Mazana Sinin memerintahkan wanita itu, Juliati, 27, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Julai lepas.

Juliati, mengaku membuang mayat bayi lelaki yang baru dilahirkannya ke dalam semak di Kampung Teluk Serdang, pinggir Jalan Camar 15, Taman Perling, di sini, kira-kira pukul 4.30 pagi, 10 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Juliati dan rakan serumahnya, Yanti Yulianti, 27, seorang pekerja kedai makan, masing-masing turut dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 585 di alamat yang sama pada 4.30 petang, 12 Julai lepas, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mazana memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Juliati berjalan serentak manakala hukuman penjara Yanti bermula dari tarikh tangkap, 12 Julai lepas.

Pendakwaan terhadap kedua-dua wanita itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlina Azamuddin manakala kedua-dua mereka tidak diwakili peguam.

Wednesday, July 28, 2010

Penubuhan Sekolah Untuk Remaja Hamil Bukan Penyelesaian Kes Buang Bayi

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas bagi remaja hamil bukan merupakan penyelesaian terbaik untuk menangani isu buang bayi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Walaupun cadangan itu dilihat sebagai langkah pencegahan untuk menangani isu mengandung luar nikah dan buang bayi, ia mesti dikaji dengan teliti untuk mengelakkan implikasi lain yang mungkin memberikan kesan teruk terhadap kanak-kanak keluarga dan masyarakat," kata beliau.

Sementara cadangan menggalakkan kanak-kanak atau remaja bawah umur terbabit berkahwin dengan sokongan kerajaan negeri, akan dilihat sebagai menyokong perkahwinan kanak-kanak dan "kementerian tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak harus digalakkan kerana ia akan menjejaskan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berpendapat meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai ibu atau bapa kepada remaja bawah umur bukan sahaja akan menyebabkan perkembangan mereka terbantut tetapi juga menjejaskan psikologi, emosi dan pertumbuhan fizikal mereka.

"Mengambil kira kematangan fizikal dan mental kanak-kanak, apa yang penting ialah memberi perlindungan khas dan penjagaan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak," menurutnya.

Shahrizat berkata, pemisahan remaja berkenaan daripada pendidikan arus perdana akan menimbulkan stigma sosial kepada mereka.

"Lagi pun, sekolah itu akan sentiasa dilabel oleh masyarakat sebagai sebuah institusi bagi remaja yang hamil di luar nikah," kata beliau.

Adalah penting untuk memastikan remaja yang hamil luar nikah tidak hilang peluang untuk masa depan dan mesti diberikan peluang untuk menamatkan persekolahan mereka, kerana itu adalah hak mereka, menurutnya.

"Adalah penting untuk memberi perhatian kepada remaja hamil kerana kemungkinan besar mereka akan tercicir daripada persekolahan berikutan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka, terutamanya rakan sebaya dan staf sekolah.

"Penyelesaian yang praktikal mungkin ialah dengan membenarkan remaja hamil menangguhkan persekolahan mereka dan mengaturkan untuk mereka menyambung pelajaran di sekolah lain selepas cuti bersalin".

Menteri itu percaya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada remaja hamil akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan sama dan hilang hak untuk pendidikan, dan pada masa yang sama mengelakkan mereka daripada dipinggirkan.

Geledah Dapur Sya'ban versi Nourul..

hai semua kawan2 n teman alam maya ku..:)kawan2 semua sihat?..hope sihat la ye..kita dah nak pose Ramadhan dah ni..cmne nak pose kalau tak sht..hehee..nasihat dr nourul,sesape yang ade penyakit gastrik,cepat2 la pegi klinik mintak ubat gastrik ye..bak kata peribahasa melayu,'sediakan payung sebelum hujan'..^_^..
entry kali ni bertajuk 'geledah dapur sya'ban versi nourul'..aik??mcm nak tiru abg ben je bunyi nye tu..hahaha..aishh..bukan nak tiru,tapi versi nourul ni jaoh bezanye..hehee..ekceli,nourul n housemate berpose sunat sya'ban hari tu..mase nak buke pose,kitorg adela masak2 sikit..lauk2 org bujang je..hehee..jom kite layann pic kat bwh ni..zasss!!




haa..agak2 sedap tak?..nampak biasenye tapi bile rase..lu pikirla sendiri!!
hahahahhaa!!




zoom sikit kasi nampak..hehe..

menu masakan pada hari itu ialah telor dadar,timun semata2 cicah ngan budu + tempoyak tak penah mkn mcm ni,baru rase housemate ajar ,ayam masak kicap,sup sayur..walaupon agak simple tapi sodap!!nyumm2..heehee..

p/s : inilah sobab eh eden lagi suko duduk umah sewo dari duduk kek hostel..;p

tak bestnya kalau kita keseorangan..:(

salam 1 Malaysia semua pengunjung blog called me nourul..firstly nourul nak mohon maaf kat kawan2 alam maya nourul yang selalu singgah kat sini sbb nourul tak sempat nak berblogwalking sejak 3,4 hari ni oleh sebab banyak sangat tugasan yang perlu diselesaikan..n skrg semua tugas2 tu da siap di submit.ape lagi,bile dah free ni nourul terus la mengupdate blog.hehehe..k,cite kali ni mengenai kisah seorang yang sangat kecian sbb dok sorg2 je..huhu..jom kite zasss cite beliau!!hohoo..

nourul..bukan name sebenar telah pulang ke kampung halamannya di Kuala Pilah,noghori 9..die menaiki KTM ke Seremban dan berjanji akan menunggu kakaknye disana.dia tiba di Seremban pada pukul 4:30 petang..setibanya di stesyen KTM Seremban,die terus melangkah laju menuju ke Terminal One menerusi terowong yang telah dibina 2,3 thn yang lepas.sampai saje disane die terus melangkah masuk ke pusat membeli-belah terminal one..perutnye mule dipalu gendang2 yang menyakitkan telinga,tanpa teragak2 die terus masuk ke salah satu restoran fast food disane.selepas perutnye kenyang,die menghabiskan masenye menjelajah pusat membeli-belah itu..



ni la die terminal one shopping centre

penat die menjelajah 1 bangunan,die tengok jam ditangan..alamak!!dah pukul 6:30??patotla penat sangat..da sejam lebih rupenye dok shopping tingkap je..beli ape2 pon tidak..ape nak buatkan,loan blom masuk lagi..tak seronok sungguh!huhu..bile dah penat berjalan,nourul pon carik tempat duduk..then,die dduk kt sini..



nourul duduk menghadap kedai ni..name kedai ni KODAI SOPAN..
So,sapo2 nak masok kodai ni kono la sopan2 yo..hehehe..

kodai sopan ni menjual aksesori2 n pakaian lelaki..so,kebanyakkan pelanggannye adelah kaum Adam..pandai gak nourul ni,saje je pilih kedai yang ramai lelaki..nak mengorat la tu..??ishh2..nourul pon duduk la kt kerusi dpn kedai ni sambil dengar lagu2 kat mp3 henpon die..tengok je org lalu-lalang,mcm2 ragam la dpt tgk..tp ramai pkwe mkwe la dok lepak sane..dok peluk2..ahhh..lg b'tambah bosan la nourul..toleh kanan kiri kanan kiri die pon nmpk 1 pusat karaoke box..haa!!ape lagi..mmg tu yg dicarik..terjah sajela..



ni die pusat karaoke box HAPPY K..

nourul pon mengasah bakat nyanyian bathroomnye kat sini..dengan relaksnye nourul pon berkaraoke sorg2..asal boley je ek?huhu..nourul amik 2 lagu je,abis nyanyi keluar la n lepak balik kt kerusi tadi..duduk merenung nasib..mcm mane la kalau kite duduk sorg2 je kt dunia ni tnpa ade sape2 pon dkt ngan kite..mesti boring sangat..silap2 giler jadinye..pukul 8:40 mlm kakak nourul pon tiba di Seremban..mereka pulang b'sama2 menaiki kereta..tamat..

moral : hargailah orang2 di sekeliling kita..:)

Thursday, July 22, 2010

award bertambah blog meriah..:)

salam semua pengunjung blog calledmenourul..:)..entry kali ni nourul xnak berceloteh panjang sbb nourul hanya nak menjawab tag b'serta award yang telah diberikan oleh seorang blogger yang cantik bangat dehh!!hehee..nak tau sape??
jengg..
jengg..
jengg..
..

CIK MIDORI

terima kasih daun keladi ye cik midori..
kalau ada award boley la hulur lagi..hehe..
jom kite check it out award yang diberi oleh cik midori kite ni..:)



INTERESTING BLOG AWARD tue..hehee..thnks skali lagi ye cik midori..
ade beberapa soklan yg kene dijwb..meh nengok..

1. thank and link the person that tagged you
thank u very much cik midori..i like dis award..:)

2. tag 15 bloggers you've recently discovered and think fantastic
wait n see..hehee..

3. contact dat blogs and let them know they've been tagged
lps nourul jwb tag ni nourul start keta g blog anda ye..:)

4. state 7 bout yourself

> suke makan nasi xpecially nasi goreng yg my mom msk..;p

> likes make my fren hepy..

> suke menyanyi n lyn sume lagu yg best2 je..

> sorg yg tak boley nak tggi da..cedeyh2..sobs2..

> tak suke mrh n dimarahi..

> suke buat tak tau dr buat2 tau tapi xtau..

> sgt geli dgn katak..euuww..

tamat sudah soalannye..btw,thnks skali lagi ye cik midori..
lepp u!!:)






Tuesday, July 20, 2010

manusia punya pasal,haiwan jadi mangsa..

"tau la ko tu seronok sangat tapi tak payah la melompat2 macam beruk kena belacan".

"apa hal ko ni tembam sangat ha?..dah macam
ikan buntal aku tengok".

"aku tak pernah jumpa org bodoh macam ko ni,
keldai pun tak bodoh macam ko ni".

"alaa..senyum2
kambing pulak, suka kata la suka".

"ko ni apa hal monyok je dari tadi macam
ayam berak kapur dah aku tengok".

"bos aku tu baik tapi dia punya garang mengalahkan
harimau".

"kalau ko selisih dengan budak badan macam
gajah,tu kawan aku tu.ko cakap kat dia aku tggu dia kat sini".

"cuba ko jalan elok sikit..ni tak,terkedek2..macam
itik pulang petang".

haa..tengok tu. tak pasal2 haiwan yg jdik mangsa..uhuhu..

p/s: sekadar kongsian bhn bacaan..bukan niat utk mencilok tapi utk b'kongsi dgn kwn2 apa yg nourul baca je..:)

Monday, July 19, 2010

seluar dan rahsia lelaki..(harus baca)

Seluar Boxer
lelaki yang suka pakai boxer adalah lelaki yang sukakan kebebasan dan dia berimpian menjadi seorang peninju.

Seluar Jean
dah jelas yang memakai seluar jean adalah lelaki yang perangai lebih kurang macam jin, tak kiralah jin aprit atau jin tanah..

Seluar Bermuda
lelaki jenis ini selalu ingat dia muda sentiasa dan suka juga pergi ke Segi Tiga Bermuda

Seluar Kecik
semua lelaki pakai seluar kecik ..kalau tak pakai tu..hmm..tak tahu lah nak cakap..

Seluar Slack
lelaki yang pakai seluar ni selalu buat salah. kawan2nya selalu tegur .."tu lah kau,selalu buat 'slack'.''

p/s:sekadar menghilangkan kebosanan..

macam mana nak jadi kreatif dgn gunakan belon??..


  • letak dalam baju konon macam orang mengandung.
  • letupkan belon tu kat kucing yang tengah tido..(nak kene cakar buatla..hehe)
  • kalau terlebih berani dan confident buat kat ayah sendiri pulak..hahaha..
  • pergi jumpa bomoh,bagi tau yang perut anda kena busung..ishh2..
  • ikat dengan tali, main macam layang2..(pnh buat mase kecik2 dulu)..
  • cuba tenggelamkan dalam air sampai boley..
p/s:kalau ada cara yg lbey kreatif boleyla kemukan cdgn kt ruangan komen ye..:)

tips tips memastikan matlamat tercapai

Salam semuanya..:) entry kali ni nourul nak berkongsi tips bagi memastikan matlamat hidup kita tercapai.

Matlamat ditulis secara hitam putih

Matlamat yang difikirkan berguna perlu ditulis secara hitam putih dan bukan hanya disimpan dalam fikiran sahaja. apabila menulis,ia menjelaskan secara terperinci apa yang tergambar di dalam fikiran dan ia membantu sikap komited kepada matlamat itu.

Merancang matlamat
Mengamalkan prinsip merancang matlamat mengikut tempoh masa seperti jangka pendek,sederhana dan jangka panjang. kaedah ini membolehkan kita mengetahui kelebihan dan kelemahan rancangan.

Yakin dengan kebolehan diri sendiri
Bersifat yakin bagi mengenali segala bakat dan potensi yang ada dalam diri.

Berfikiran Positif
Membina imaginasi dan bersikap positif dapat menangkis sifat negatif. berani menghadapi setiap halangan,masalah dan pada masa yang sama fikirkan faedah yang diperoleh. lakukan dengan tindakan yang disusun rapi.

Menghalang perasaan takut
Apabila perasaan takut dan bimbang menyelubungi diri,ia menghalang peluang bagi mengecapi peluang yang ada di depan mata. setiap individu mempunyai kemampuan, bakat dan potensi masing2 untuk berjaya. alangkah rugi apabila keistimewaan itu tidak diasah dan digunakan..

Elakkan semangat diri lumpuh di tengah jalan
Tanamkan semangat yang kuat dalam diri bagi mencapai impian yang diidamkan. ia memerlukan keazaman,ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.bak kata peribahasa Melayu,'di mana ada kemahuan,di situ ada jalan'.

selamat maju jaya semua..:)

Wednesday, July 14, 2010

birthday ayah da dkt ni!!nak beli prezen ape ye??

salam sume kwn2 n pengunjung2 blog nourul yg cntik2 n ncem2..ekceli nourul nak mintak pandangan anda sume tentang ape hadiah yang nourul boley beli utk dijadikan prezen birthday ayah nnti..ape yang best ek?..

Monday, July 12, 2010

FIFA WC 2010 SPAIN JUARA!

Benarlah tekaan paul si sotong yang memilih pasukan sepanyol sebagai juara FIFA WC kali ni..selamat si sotong tak kena potong2 buat goreng tepung.hehehe..si burung nuri pulak apa ceritanya?..kena sembelih buat gulai lemak cili api ke?hahahaa..kesian2..ape2 pun tahniah buat pasukan sepanyol yang berjaya bawak balik piala WC untuk musim ni..bagi pasukan Holland,cuba lagi musim akan datang..

1 - 0

p/s:tak sia2 nourul sokong sepanyol ..hehe..

Sunday, July 11, 2010

wanita ibarat semalu??betul ke??..

wanita ibarat semalu?..boleh bayang tak semalu tu macam mana,wanita pulak macam mana?..haa..jauh bezakan dari segi rupa..kalau tak percaya tengok gambar kat bawah ni ihsan dari mr.google..thanks mr.google..:)..


ni wanita ni pokok semalu..

nampak tak perbezaannye?sangat berbezakan sebab wanita tu manusia,pakai tudung lagi tu.semalu tu pulak pokok yang berduri..terkena sakit tau..huhuhu..tapi kenapa wanita dikatakan ibarat semalu?..nak tau sebabnya?..jom tengok..
  • pertama,pohon semalu menguncup apabila disentuh.ini diibaratkan wanita perlu mempunyai perasaan malu(pada tempatnya).
  • kedua,semalu mempunyai duri yang tajam bagi mempertahankan dirinya.oleh itu,wanita perlu tahu menjaga dan mempertahankan maruah diri daripada gangguan unsur2 luar seperti gangguan individu yang ingin memperalatkan mereka bagi kegiatan yang tidak bermoral.
  • ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang kuat dan mencengkam bumi.ini bermakna wanita perlu mempunyai hubungan yang kuat dengan penciptanya atau berpegang teguh menurut ajaran agamanya.
  • akhir sekali,semalu menguncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.oleh itu,wanita perlu berada di tempat yang baik ataupun situasi yang baik apabila waktu semakin senja..


Friday, July 09, 2010

traffic menggila!!



ape perasaan anda sebagai pengguna jalanraya kalau ade traffic light mcm ni??

p/s: pic ihsan dr mr.google yg baik hati.hehe..

Thursday, July 08, 2010

blogger naik takhta..

wow!!ni berita baik utk semua blogger yang ade di malaysia mahupon luar negara.anda semua akan diiktiraf sbg prince n princess setelah anda semua mengikuti step2 yang akan di beritahu ini..anda sudah bersedia mahu menjadi prince n princess???


sila ambil award diatas utk melayakkan diri anda mnjdi prince n princess!!

ekceli..nourul menjalankan operasi terjah2 blog lepas main jutaria tadi..pastu terjumpa la blog
cik norfa lyana yg sgt cntik tersergam indah di skrin monitor nourul ni..hehee..then,nourul jengok2 la entry2nye..ternampakla award yg dok terpampang kt blognye tu..cantik taw!nourul pon bg la pujian kt cik norfa..nourul ckpla award ni cantik,mane tau cik norfa nak bagi nourul award tu..nak ckp straight segan la pulak.kene la kias2..hikhikk..so..dengan baik hatinye cik norfa bg nourul award kt ats ni..terima kasih daun keladi cik norfa,ade award boley bg lagi.hehee.kalau anda nak tau,cik norfa wat award ni sempena birthdaynye hari ni iaitu 8 Julai.hepy birthday cik norfa.:) n lg 1 cik norfa da llus test jpj,tahniah ye..btw,cik norfa dah sediakan ckit syarat utk mendapatkan award ni..jom kite tgk syarat2nye..
  1. buatkan 1 entry utk award ni..
  2. ucapkan terima kasih kepada pemberi award ini dan rasa teruja anda menerima award ini.
  3. link kan pemberi award ini dan pencipta award ini iaitu since 8 july @ http://since-8-july.blogspot.com/2010/07/award-from-me.html dalam entry tersebut.
  4. ciptakan 1 rangkap pantun(4 baris) mengenai award ini yang bertajuk I am prince/princess.
  5. tag kan 5 org bloggers kenalan anda..
  6. letakkan award ini di sidebar blog anda!!!
jawapan tag :
  1. dah buat
  2. dah jugak
  3. berehh!!
  4. pantun??
spain menang lwn jerman
lepas ni jumpa belanda pula
angan2 nak jadi spiderman
jadi princess pon boleyla..

5. kawan2 blogger yg patot di tag oleh saya
6. siap!!


tahniah spain..



tahniah wat pasukan sepanyol yang berjaya menewaskan pasukan jerman 1-0 pagi tadi..kirenye boley percaya gak la ramalan si sotong tu ye.?hehee..tapi kalau tak betul,sembelih sotong tu wat goreng tepung.sedap gak..hahhaa..lepas ni pasukan sepanyol akan bertemu dengan pasukan netherland(belanda)..tak kurang hebat jugak pasukan belanda ni.so,hope pasukan sepanyol main habis2an la ye.jangan wat malu penyokong je..ahakz!Go Go Spain!!!

p/s: malaysia bile lagi nak masuk FIFA World Cup?dah lame tggu ni..hehee..

tewas akhirnya...

nampaknye.punah segala harapan nourul..engatkan nak stay malam ni nak tengok bola spain vs germany tapi bola mata ni da nak terkeluar dah..kene gak tido..besok klz pg ptg..huhuhu..hope pasukan spain menangla..jgn tewas mcm mata nourul ni ye..hehehe..okla..nourul mau tido dulu..
mana tau dpt mimpi g south africa tgk live spain vs germany pulakkn..hihihii..good luck kt kedua2 pasukan tapi hope spain mng..kalo xmng pon xpe tapi biarlah ade gol ye..heheee..nytez sume..

Wednesday, July 07, 2010

bagaimana nak tahu buah hati dah tak sayang..

  1. setiap kali anda ajak dia keluar ade je alasan yang diberi dan alasan tu pulak sememangnya tak logik.
  2. selama ni anda selalu masakkan makanan kegemarannya dan dia tak pernah nak komplen tetapi tiba2 dia tak nak mkn malah cium bau masakan anda pun die dah nak muntah..
  3. selama ni dia boleh bercakap dalam telefon berjam2 lamanya dengan anda tetapi tiba2 dia selalu tak angkat telefon atau balas mesej anda.
  4. bila berjumpa dgn anda pun dia sekadar melepaskan batuk ditangga je.baru lima minit jumpa dia akan kata ade hal yang nak diselesaikan.
  5. anda sudah tidak diberitahu apa aktiviti yang dia buat seharian.anda kalau dapat tahu pun dari kawan2nya.
  6. dia kalau jumpa anda sentiasa menceritakan tentang org lain dari menceritakan tentang anda berdua.tak pun dia tido.
  7. tarikh lahir anda dia lupa.kalau ingat pun hadiah dia kate postpone..huhuhu..
  8. kalau sebelum ni dating dia sanggup ambil dan hantar balik,sekarang anda kena datang sendiri naik bas atau teksi.
  9. sebelum ni kalau janji dating pukul 9 pukul 7 dia da tggu..skrg janji pukul 9 besoknya belum tentu dtg..hehee..
  10. saja2 carik pasal..sebab yang kecik pun habis diperbesar2kan.yang paling sadis habis diungkitnya pasal belanja makan...
so..thinking about dats..kalau org dah tak syg tinggalkan je..pastu amalkan petua entry sebelum ni..hehehe..

cara nak lupakan kekasih hati..

  1. 'pinggan tak retak nasi tak dingin,orang tak nak saya tak ingin','hidung tak mancung pipi tersorong-sorong'..jadikan 2 peribahasa ni sebagai tema dan pendirian anda..pasti anda tak nak ingat orang tu..
  2. fikirkan tentang semua benda yang dia selalu sakitkan hati anda,takkan anda nak lagi kat orang yang selalu buat jiwa anda luka berdarah?..
  3. cubalah buka ruangan berkenalan,mana tahu dengan berkawan dengan orang lain anda boleh melupakannya.sedikit nasihat,jangan pula main layan semua orang nanti terkena pula dgn orang 'gila'..hehehe..
  4. sibuk-sibukkanlah diri anda.rasanya sebelum ini ada benda yang dihalang tak boleh buat,sekarang masa yang ada boleh luangkan untuk diri anda sendiri.
  5. fikir cara positif,takde dia tak mati pon.silap-silap itulah hari permulaan bagi hidup anda sebenarnya..betul tak?..fikirkanlah ye..:)

Sunday, July 04, 2010

cuci mata...@...cuci hati

salam semua..
maaf sebab dah lama tak update blog ni.
bukan saje tak nak update tapi ada mslh teknikal sikit..
tapi kalo update ade org nak bace ke??hehe..
dalam hati kate mstilah ade..
tapi mst korg sume ckp nourul ni perasan je kn?..hehee..
tak pela..bukan slalu nourul memerasankan diri..:p
ok la..berbalik pada tajuk balik ye..
ekcelli..nourul baru blk pJ ptg tadi..
dr seremban naik komuter..sampai sini nourul naik
bas rapid T505..
nak dijadikan cite..mase nourul naik komuter td..
mcm biase la kan..mcm2 ragam manusia dlm tu..
mule2 tmpt dduk b'hdpn ngan nourul ade psgn kekasih
cine dok situ..ok la..tak kisahla diorg nk mesra2 pun..
dah kate cine kn..bkn ade lrgn pun..tapi bgus jugakla
psgn tu sbb diorg tak berlebih2..org tgk pon relaks je..
bile psgn cine tu keluar dr train,psgn lain pulak yg gantikan..
senang cite..nourul mmg cuci mate la td..
tapi kan..psgn yg gantikn tu lg hebat taw!!
berpeluk2 lg tu..adoii!!yg tak bestnye tu diorg org melayu..
gurl nye bertudung.umo dlm lingkungan awal 20an..
.muke nmpk b'iman..hmm..
mase tu mule la nourul terfikir ape la nak jd ngan dunia ni..
makin lame makin teruk socialifenye..
ini la kan antara petanda akhir zaman..
bile direnungkan takot taw!amal kurang,dosa terlebih pulak..
nourul doakan kite sume tak dela jadi mcm psgn yg nourul ckp tu..
moge kite sume dilindungi Allah agar dijauhkan dari perkara2
yang mungkar..aminn..

p/s:kalo nk tgk psgn2 mcm kt ats ni..g je kt shopping mall..
confirm jumpe..huhuhu..pilihla..nak cuci mate ke nak cuci hati..??