duit poket nourul..

jom exchange link :)

Saturday, August 28, 2010

Peristiwa Pahit Merdeka Masih Segar Di ingatan



GEORGE TOWN, 27 Ogos (Bernama) -- Setiap kali menjelang 31 Ogos, seorang pesara Tentera Diraja British, setia mengenangkan detik pahit manis perjuangan dalam mencapai kemerdekaan negara dan pengorbanannya menentang ancaman komunis.

Datuk Yahya Shafii, anak Melayu pertama yang menyertai Tentera Diraja British, bersyukur dipanjangkan usia kerana beliau pernah nyaris maut diserang komunis pada hari negara menyambut Merdeka dan diberi rezeki dapat menyambut kelahiran anaknya pada hari yang sama.

Yang penting beliau berbangga kerana perjuangan dan pengorbanannya membantu Malaysia menjadi sebuah negara merdeka yang aman damai.

"Saya pernah tinggal di dalam khemah selama 12 tahun dan pernah terpaksa makan ular sawa dan musang untuk mengalas perut, demi negara tercinta," katanya kepada Bernama.GALERI KENANGAN Yahya, anak kelahiran Kampung Seronok, Pulau Pinang, pernah menyertai 176 operasi menentang komunis sebelum dan selepas Merdeka dan kaki kirinya pernah cedera teruk terkena jerangkap samar. Selepas meninggalkan perkhidmatan tentera awal 1970-an, Yahya menyedari yang beliau banyak pengalaman dan tanda kenangan yang boleh dikongsi dengan rakyat Malaysia. Atas inisiatifnya, beliau menjadikan kediamannya di Batu Maung sebagai Galeri Tentera yang menempatkan koleksi gambar beliau ketika berkhidmat dalam Tentera Diraja British. Galeri yang dibuka sejak 1971 itu merupakan dedikasi khas beliau terhadap perjuangan rakan sepasukannya dalam menuntut kemerdekaan negara.

"Setelah saya pencen, saya terus buka galeri ini, sebagai kenang-kenangan untuk anak cucu, menghargai titik peluh dan darah yang menitis untuk mendapatkan kemerdekaan," katanya.

Katanya satu daripada gambar yang memberi seribu erti ialah ketika mendarat di Sungai Siput, Perak pada 1948 kerana beliau bersama rakan-rakannya merupakan pasukan pertama mendarat di situ.

"Ketika itu kami bergambar bersama-sama dengan meriam yang dinamakan sebagai 'Pembela', meriam yang beroperasi secara manual iaitu menggunakan tenaga manusia," katanya.

Selain itu terdapat di galeri berkenaan gambar-gambar pemimpin tertinggi Tentera Diraja British dan pemimpin komunis, setiap gambar mempunyai kisah sejarah tersendiri.

Galeri itu dibuka percuma dan beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dari pukul 10 pagi hingga 6 petang manakala hari Sabtu dan Ahad pada pukul 8.30 pagi hingga 7.30 malam.

Galeri itu dibuka sejak 39 tahun dan dibiayai dengan wang sakunya sendiri dan sumbangan pengunjung.

Katanya pada bulan merdeka ini ramai pengunjung yang datang ke galerinya khususnya pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) bagi tujuan penyelidikan dan kajian.

Dalam perancangan pada masa akan datang beliau berusaha untuk mengadakan kerjasama dengan agensi berkaitan untuk menambah baik ruang pameran dan gambar-gambar di galerinya.

ASKAR DALAM KELUARGA PENDIDIK


Yahya, 76, merupakan anak lelaki kedua daripada 13 beradik, dan hanya beliau yang menyertai tentera.

"Saya datang dari keluarga pendidik, ayah saya seorang guru dan anak saya juga guru, tiada seorang pun daripada keluarga saya termasuk cucu-cucu saya sekarang ini yang menunjukkan minat dalam ketenteraan," katanya yang bakal menimang cicit pertama Januari depan.

Beliau berkahwin dengan Siti Zaleha pada usia 16 tahun, setahun selepas menyertai tentera dan dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan. Kini pasangan itu mempunyai 15 orang cucu.

"Anak pertama saya lahir dua jam selepas sambutan kemerdekaan, pada ketika itu saya baru selesai acara perbarisan mendapat telegram menyatakan isteri saya hendak bersalin.

"Saya terus bersiap-siap untuk pulang dan telah menyerahkan senjata ke pejabat dalam perjalanan pulang saya diserang hendap, itu yang dapat luka di dada.

"Ada dua kenangan ketika merdeka iaitu kenangan manis kelahiran anak sulung yang saya namakan Abdul Rahman mengambil sempena nama Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj) dan kenangan pahit nyaris maut terkena tembakan musuh di saat saya tidak bersenjata," katanya.

DULU DAN SEKARANG


Apabila ditanya pengertian kemerdekaan dulu dan sekarang, beliau dengan nada sedih berkata generasi hari ini hanya mahukan keseronokan khususnya ketika sambutan kemerdekaan diadakan tetapi tiada pengisian dalam perspektif merdeka yang jelas.

"Sedih sangat sekarang semua orang kena disuruh setiap hari untuk pasang bendera, tiada lagi kemeriahan pasang bendera seperti satu ketika dulu.

"Mereka (generasi muda) tidak faham perjuangan kemerdekaan yang sebenar, mereka hanya mahukan keseronokan dan keriangan sahaja, kalau pergi buat ceramah mereka hanya beri perhatian pada kisah-kisah yang ngeri sahaja, tetapi kosong," katanya.

Katanya generasi hari ini juga kurang prihatin dengan semangat kemerdekaan oleh itu banyak berlaku gejala sosial.

"Walaupun kita sudah merdeka tetapi generasi muda hari ini masih lagi dijajah dengan anasir tidak sihat tetapi mereka tidak sedar. Kita jangan mudah lupa diri dan rasa selesa dengan kesenangan yang dinikmati sekarang," katanya.

Di akhir perbualan, beliau yang pernah mendapat anugerah daripad Ratu England,berkata kesukaran perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan adalah satu perkara yang dihargai tetapi perjuangan mempertahankan kemerdekaan juga perlu diberi perhatian.

"Hargailah titik peluh dan titisan darah pejuang yang rebah ketika menggalas senjata bermati-matian menuntut kemerdekaan bumi berdaulat ini," katanya.

kredit kepada penulis rencana : lizawati bahanan

Friday, August 27, 2010

Nuzul Al-Quran

Salam Ramadhan bagi umat Islam yang mengerjakan ibadah puasa diluar sana dan salam sejahtera bagi yang beragama lain..hari ni bersamaan 27 Ogos 2010 @ 17 Ramadhan,umat Islam akan menyambut hari Nuzul Al-Quran..bagi yang berada di Selangor,Malaysia,mereka diberi cuti umum sempena hari Nuzul Al-Quran ini..tapi.pasti ada yang belum mengetahui kenapa kita menyambut hari Nuzul Al-Quran ni kan?..

Peristiwa Nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat 17 Ramadhan,tahun ke 41 daripada keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. Perkataan 'Nuzul' bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi Muhammad S.A.W., ia memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)

al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:

”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)


kredit kepada : www.Islam.gov.my










Petua Ulser Mulut

Salam Ramadhan Salam 1 Malaysia semua..entri kali nourul nak cerita sikit tentang ulser mulut..mesti antara kita pernah mengalami ulser mulut ni kan?..paling tidak pun sekali seumur hidup..betul tak?..ekcelli,nourul pun tengah mengalami ulser mulut ni sekarang..sakitnye tak terkata..nak bercakap pun susah..nasib baikla nak tulis entri just taip2 je..huhu..1st..kita kesan dulu punca yang menyebabkan ulser mulut ni..



antara punca atau penyebab ulser mulut adalah tergigit..maksudnya,gigi kita tergigit bahagian bibir yang nipis tu..bukannya gigi orang lain taw..hehee..2nd,minum air yang terlalu panas dan juga terkena makanan yang tajam..tapi nourul kena ulser ni sebab bibir terhantuk dekat gigi..semua ni gara2 ada seorang hamba Allah ni dok berebut2 nak naik bus..nourul ni pun beratur la belakang dia,then handbag dia yang berat tu terkena mulut nourul.kena hentaman yang agak kuat jugak la. lepas tu,bibir tu terhantuk dengan gigi..hmm..kesian2..

mari kita tengok pulak petua yang selalu diamalkan untuk merawat ulser ni..1st,letak ketulan garam @ kumur2 air garam sehingga rasa sakit tu kurang.petua kedua,tekap secubit asam keping dan diletakkan pada ulser tersebut..dan lain2 petua,berkumur dengan antiseptik,jangan makan makanan terlalu pedas dan panas,minum air suam dengan kuantiti yang banyak dan letak gel bonjela pada ulser tersebut..

berapa lama ulser mulut ni mengambil masa untuk sembuh ye?..ok..untuk pengetahuan anda semua,ulser mulut ni mengambil masa selama 3-4 hari untuk mengurangkan rasa sakitnya tetapi ia mengambil masa selama 10-14 hari untuk sembuh. tetapi,jika selepas 2 minggu ulser tersebut tetap tidak sembuh,anda semua dinasihati untuk dapatkan pemeriksaan di klinik pergigian untuk memastikan ia bukan lesi kanser dan pra-kanser.

sekian untuk petua kali ni..

Cara Membersihkan Sawang

Salam Ramadhan semua pengunjung setia blog nourul mahupun yang baru je singgah di teratak syurga cinta ni..ahakzz!(kemaruk cite syurga cinta sudah..hehee).1st of all,nourul mintak maaf kat mr.nuffnang sebab dah lama tak hupdate blog ni sebab kekangan masa.(bile xhupdate earning pon kureng.huhu).asigment makin banyak nak disiapkn,mid term pon sedang berjalan sekarang..huhu.so,sekarang ni nourul nak buat operasi besar-besaran untuk membersihkan sawang2 yang ada kat teratak nourul ni..nak tau caranye,jom kite zazzz!!meh nengok dulu alatan2 yang diperlukan..>>>>



beberapa batang penyapu..
tapi..kalau guna penyapu ni pulak...
agak2nye cepat bersih tak???
haa..jom tengok penyapu bawah ni pulak ye..
lepas ni nourul nak jawapan..


cuba kira berapa batang penyapu kat situ??..
sape dapat jwpn yang betul nourul belanja minum tehr.;p

oklah..selesai sudah operasi pembersihan besar2an nourul..
dan hasilnya adalah seperti berikut..
'TERATAK SYURGA CINTA'




eh?..nape pulak gambar ni nourul letak ek??..
tak faham ke??..
sebab..'Teratak Syurga Cinta' tu ade kat dalam cite ni la..
so..sape2 nak tengok macam mane rupa
'Teratak Syurga Cinta' kena lah luangkan mase tengok cite ni kat tv3..
setiap hari Isnin-Khamis jam 6:30-7:30 ptg..
adehh!!terpromote sudah..hehehe..

p/s :jgn lupe tengok cite syurgamu ramadhan skali ea..best gak cite tu..layann..hehe..

Sunday, August 15, 2010

DATUK MAZNAH HAMID



Datuk Maznah Hamid dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja. Gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada falsafah ‘modal utama adalah diri sendiri’. Beliau benar-benar yakin dorongan dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.

Nama Datuk Maznah Hamid bukan sahaja tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah motivasi. Berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama serta diasuh dengan budi pekerti yang baik sejak kecil. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama mengurus syarikat kawalan keselamatan.

Datuk Maznah dan suaminya memulakan operasi Securiforce Sdn Bhd. Pada tahun 1981 beliau menggunakan modal RM5 ribu yang merupakan simpanan beliau dan lima orang pengawal bagi memulakan bisnesnya. Jika dibandingkan dengan syarikat sekuriti lain, mereka memulakan bisnes ini dengan modal yang besar diantara RM500 ribu hingga 1 juta ringgit. Datuk Maznah turut menyandang beberapa tugas serentak pada waktu itu. Oleh kerana tiada upaya bagi mengambil ramai pekerja, Datuk Maznah serta rakan kongsinya iaitu Tuan Haji Shaheen, terpaksa melakukan tugas daripada mengurus operasi, bill collector, peronda dan kadangkala menjadi pengawal apabila pekerja-pekerja mereka bercuti raya ataupun cuti umum. Beliau belajar erti susah dan pengorbanan dalam dunia bisnes. Pengalaman itu membolehkan beliau mencipta dan menjual sistem kawalan keselamatan.

Pada peringkat awal, Securiforce Sdn Bhd hanya memberi khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat Cash-In-Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Berkat usaha gigih Datuk Maznah yang berterusan, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh Negara, lebih daripada 400 ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan van kalis peluru.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kejayaan Datuk Maznah adalah semua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Kejayaan ini dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau adalah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.