duit poket nourul..

jom exchange link :)

Saturday, October 30, 2010

Tahniah Buat Pasukan Bola Sepak Kelantan!!

salam 1 Malaysia semua pengunjung setia blog called me nourul..terima kasih tak terhingga kepada semua sebab sudi jenguk blog nourul yang seperti tidak berpenghuni ni.huhuhu..maaf la ye sebab dah lame tak update blog n dah lame tak blogwalking ke blog kawan2..banyak sebab kenapa nourul tak dapat nak sentiasa ada di blog ni n salah satu sebabnya nourul terlalu sibuk dengan tugas sebagai pelajar lagi2 bila dah semester akhir ni,..opsss!!nampaknya dah lari tajuk ni.hehehe..rasanya tak terlambat untuk nourul ucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Kelantan atas kemenangan mereka menewaskan pasukan Negeri Sembilan..dan kepada pasukan Negeri Sembilan,syabas diucapkan kerana berjaya sampai ke peringkat akhir perlawanan Bola Sepak Piala Malaysia bagi tahun 2010 ini..tahniah sekali lagi diucapkan...kalah menang belakang cerita..yang penting semangat bersukan!!:)

Wednesday, October 13, 2010

Aneka Petua..

salam 1 Malaysia semua..!!opss!!excited pulak.hehehe..ok laa.entri sebelum ni nourul dok mintak petua kan..kali ni pulak nourul nak bagi petua kepada pengunjung2 blog nourul ni..:)

Petua Mencerahkan Kulit Muka Secara Semulajadi
bagi mendapatkan kulit lebih cerah,parut lobak merah.ambil airnya dan sapukan di wajah anda.amalkan selalu untuk mendapatkan hasilnya..

Petua Menyembuhkan Jahitan
Bagi menyembuhkan luka jahitan bersalin dengan cepat,ambil seketul asam jawa dengan sedikit air. campurkan dengan air panas.biarkan sehingga suam sebelum membasuh tempat luka jahitan.amalkan setiap kali mandi.InsyaAllah jahitan akan cepat kering.

Petua Atasi Bibir Pecah Dan Kering
Bagi mengatasi masalah bibir kering dan pecah,sapukan bibir dengan susu sejuk.lakukan urutan ringan pada bahagian bibir.kemudian bilas dengan air.InsyaAllah masalah anda dapat diatasi..:)

Petua Pulihkan Mata Yang Gatal
jika anda mengalami kegatalan mata atau mata yang letih (akibat kerap menghadap lappy n update blog..huhu), ramas beberapa helai daun sirih bersama air suam.tapis airnya dan rendamkan mata sambil mengerdipkan mata berulang kali ke dalam air tersebut.

sekian..

Monday, October 11, 2010

Jari Tercucuk Tulang Ikan (mintak petua plezz!!)

salam 1 Malaysia semua..anda semua sihat?nourul doakan anda semua sihat walafiat la ye..:) entri nourul kali ni adalah entri mengadu kesakitan.huhuhu..nourul nak ngadu kat kawan2 ni,masa lunch tadi tangan nourul tercucuk tulang ikan.ada jugak member2 nourul kat sini panggil tulang ikan tu 'duri'..apa2 jela kan.yang penting jari nourul ni sedang kesakitan.:'( nak taip entri susah,taip mesej kat handfon lagi sakit..uwaaa!!nak makan pon sakit woo!!pedihh!terpaksa makan pakai sudu..tak feel la kan makan pakai sudu.tak boleh jilat jari (tak dapat ikot sunnah Nabi)huhuhu..ok la ye.sape2 ada petua untuk hilangkan rasa sakit ni,tolong tinggalkan komen dengan segera..tenkiu semua sudi bace entri mengadu ni ye..:)

Thursday, October 07, 2010

Tips Dapat Cukuran Hebat

Salam 1 Malaysia semua jejaka2 hensem n manis diluar sana..hehehee..kepada wanita2 cantik pulak,jangan marah ye sebab entri nourul kali ni lebih memfokuskan kepada jejaka yang menyinggah di blog nourul ni..:) jom kite go truth kepada tajuk kat atas ni..




Bercukur Di Dalam Tandas
sebenarnya, bercukur merupakan aktiviti terakhir yang perlu dilakukan sebelum membuat keputusan meninggalkan bilik air.ini kerana, pancuran air hangat yang membasahi tubuh secara tidak langsung membantu melembutkan rerambut seterusnya membuka pori-pori di wajah. dengan cara ini,anda tidak perlu bimbang dengan kecederaan diwajah lagi.

Sapu Sedikit Minyak
apabila anda menyapu sedikit minyak di wajah,kerja-kerja mencukur menjadi lebih mudah dan berkesan. ia secara tidak langsung membantu mata pisau meluncur dengan lancar di kawasan cukuran tanpa meninggalkan lebihan rerambut degil.sebaiknya,sapukan minyak berkenaan beberapa minit sebelum bercukur.

Gunakan Scrub Wajah
melakukan urutan skrub lembut pada wajah sebenarnya membantu membuka pori-pori, folikel utama iaitu lubang halus yang mengandungi umbi rambut. pengelupasan sel-sel kulit mati dan kotoran yang tidak dikeluarkan mampu mengakibatkan masalah jerawat,pertumbuhan rerambut yang tidak diperlukan serta jangkitan kuman.selain menghaluskan kulit,ia juga secara tidak langsung memberi lebih keserian pada wajah anda.

Mata Pisau Cukur Tajam
campakkan sahaja mata pisau yang telah digunakan selama empat dan lima kali cukuran ke dalam bakul sampah.ini kerana, ia tidak cukup tajam untuk digunakan selain mampu menyebabkan masalah-masalah lain yang tidak diingini.cara terbaik adalah dengan melakukan pergerakan lembut berulang-ulang tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan pada pisau pencukur dan mata pisaunya.

Elakkan Masalah Kerengsaan Kulit
sebenarnya,kerengsaan kulit yang melampau mampu merosakkan kulit selain menyebabkan masalah bengkak. sekiranya anda berasa pedih,sakit atau kebas semasa atau selepas bercukur ini bermakna anda memiliki kulit wajah yang sensitif dan perlu lebih berhati-hati.sebaiknya,jauhkan produk wajah yang dihasilkan dari alkohol atau ekstrak bahan seperti mentol,peppermint atau sitrus.


*diambil dari bahan bacaan..(Mingguan Wanita)

Wednesday, October 06, 2010

Teruja!!Yana Samsudin @ Siti Kelembai Follow blog ku!!

salam 1 Malaysia semua pengunjung blog nourul yang cantik2 n hencem2..:) entri nourul kali ni adalah entri teruja..mana taknye,bile artis yang kita minat singgah n siap follow lagi blog kita kan..giler tak teruja??hahahaa..ekcelli nourul minat semua cite yang kak yana ni lakonkan..semua menjadi.n paling penting kebanyakkan wataknye tu kelakar taw..gelak tak hingat taw!hahahaa.. antara cite kak yana yang jadi favourite nourul :

lu'lu (kisahnya ala2 cinderella gitu..skali tengok nak tengok lagi taw.hehee..)
adnan sempit n adnan sempit the series (haruslah..nourul pon terikot2 trademark kak yana ni..hihihii)
dan yang terbaru,siti kelembai kat tv3 n ulangan kat tv9..cite ni pon best taw.layann..:) sape2 nak baca sinopsis cite ni boleh la baca di blog kak yana sendiri..yana samsudin

lastly,nourul nak ucapkan terima kasih kat kak yana yang sudi singgah n follow blog nourul..luv u..HARUSLAH!hehehe..


penuh bergaya gitu..:)

Calon PMR cedera,apa maut ditimpa pokok..

2010/10/06

JITRA: Seorang pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) cedera di bahagian muka manakala bapanya meninggal dunia akibat ditimpa pokok di sebatang jalan di Kampung Naga di sini, petang semalam.

Ketika kejadian, Nurul Awatif Ahmad, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anum Tunku Abdul Rahman itu dan bapanya Ahmad Zakaria, 61, dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di kampung itu selepas Nurul Awatif selesai menduduki hari pertama peperiksaan itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Sawaludin Hamenudin berkata kejadian berlaku pada 5.30 petang dalam keadaan hujan dan angin kencang.
"Dua beranak itu sedang menunggang motosikal dan ketika sampai di tempat kejadian, sebatang pokok getah tumbang di atas mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad, yang cedera parah di bahagian kepala meningggal dunia di tempat kejadian manakala Nurul Awatif sedang dirawat di Hospital Jitra.

Ibu Nurul Awatif, Rokiah Abdullah, 40-an berkata suaminya keluar dari rumah dengan menunggang motosikal 4.15 petang dan pada ketika itu angin sudah mula kencang serta hujan renyai-renyai.

"Walaupun cuaca agak buruk arwah tetap mahu mengambil Nurul Awatif," katanya. Sekolah itu terletak lima kilometer dari rumah mereka.

Nurul Awatif, anak bongsu daripada empat beradik, dijangka terus menduduki peperiksaan PMR walaupun masih dirawat di hospital dan hari ini dia akan mengambil dua mata pelajaran.

Jenazah Ahmad dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Kampung Naga di sini pada 11 malam tadi. - BERNAMA

20 tentang Israel yang belum kita ketahui..

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin.

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:

“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

Tuesday, October 05, 2010

Justin Bieber kena tangkap??!!

Justin Bieber kena tangkap??biar betul ni?tak percaya laa..lagi2 peminat2 Justin kan?confirm tak percaya punyelah..jom tengok video ni dulu untuk sahkan betul ke tak berita ni..



anda semua rasa betul ke??..tapi yang pasti tak betul sebab mana ada stesyen TV yang siarkan berita ONN (Onion News Network)..Union news Network adalah..huhuhuu..tapi kalau sape2 yang kata video ni betul,boleylah tinggalkan komen disini ye..nourul pon nak tau jugak kebenaran sebenarnye..:)

Monday, October 04, 2010

boleh ke tak ek??..

salam 1 Malaysia semua pengunjung blog nourul yang comey2 n ncem2..:) ape kabar semuanye..hope sihat alhamdulillah la ye..ekcelli entri nourul kali ni bukan untuk menerangkan ape2 tapi untuk mendapatkan pendapat anda semua mengenai tanda tanya yang sering nourul fikirkan ni..hmmm..ape pendapat anda jika kita beli makanan di restoran kepunyaan orang cina tapi orang melayu yang berniaga?..senang cite kononnye orang melayu tu jual nasi lemak kat situ..lebih tepat lagi,restoran cina tu ade macam2 gerai didalamnya..ade gerai char kuey teow n mcm2 lagi makanan orang cina..restoran melayu tu pulak sesat kat situ.huhuhuu..so,ape pendapat anda?boleh ke tak ek beli makanan kat gerai nasi lemak tu?..ade masalah ke kalo kite beli makanan kat situ?hmm..