duit poket nourul..

jom exchange link :)

Thursday, November 24, 2011

Membaca Hobi Atau Keperluan?..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!^_^..thank you sebab masih ada yang sudi singgah di blog Called Me Nourul ni walaupun dah bersawang dan berhabuk.actually,entri kali ni cuma santai-santai sahaja untuk nourul bagi pendapat nourul dan kawan-kawan boleh beri komen atas apa yang nourul tulis..

Membaca itu HOBI atau KEPERLUAN?..
Pada pendapat nourul,membaca itu lebih kepada keperluan untuk seseorang individu.tanpa membaca,kita seolah-olah tak ada apa-apa macam tin kosong.jadi,membaca itu amat penting untuk kita menambah pengetahuan bagi meningkatkan mutu diri kita.nourul berpendapat sebegini adalah kerana,baru-baru ini nourul ada menghadiri 1 sesi temuduga yang memerlukan nourul menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga yang kebanyakkannya soalan berkisarkan pengetahuan am.pengetahuan am ini meluas.ia bukan berkaitan dengan apa yang kita pelajari di dalam kelas semasa di IPT.ianya perkara yang berlaku disekeliling kita..memperbanyakkan membaca surat khabar dan bahan bacaan lain dapat membantu kita menambahkan pengetahuan am kita,menjadikan kita insan yang berilmu dan sekaligus membantu kita dalam menjawab soalan yang diajukan oleh panel semasa temuduga.

Membaca membantu kita dalam segala hal sebenarnya..nak berjalan kemana-mana kena baca sign board,takut tersesat jalan pulak nanti..nak beli makanan,kena tengok menu dan baca menu tersebut sebelum memesan makanan..nak beli barang tak kisahlah barang keperluan atau barang yang bukan keperluan,kena baca dulu pek nya sebelum dibeli sebab takut salah barang pulak..nak membalas mesej di telefon bimbit pun membaca jugak,kalau tak baca tak tau nak balas apa..betul tak?..

Jadi,membaca ni bukan sekadar hobi tapi ianya KEPERLUAN dalam hidup kita..sesungguhnya,insan yang berilmu itu dipandang tinggi.macam mana nak jadi insan berilmu??rajinkan diri untuk MEMBACA..

Sekian untuk kali ini..terima kasih atas kesudian untuk membaca entri nourul..sebarang komen,sila taipkan diruang komen yang ada dibawah..salam mesra dari nourul..^_^


Sunday, September 18, 2011

Alasan Wanita Tak Tutup Aurat

1) "Walaupun kami tak pakai tudung, tapi kami sembahyang. Baik dari yang pakai tudung tapi tak sembahyang.."

Jawapan:
Dua-dua jenis golongan ni sama-sama teruk. Sembahyang dan pakai tudung (tutup aurat) itu WAJIB dalam Islam ,kalau tak buat salah satu akan tetap berdosa besar. Jangan nak bangga diri konon lebih baik..

2) "Pakai tudung labuh tapi perangai buruk nak buat ape, baik lagi orang yang tak pakai tudung, tapi hati baik..."

Jawapan:
Pakai hijab, tudung dan menutup aurat itulah yang membezakan antara wanita Islam dan wanita bukan Islam. Hati baik walaupun tak perlu tutup aurat, itu macam ciri-ciri orang kafir bunyinya. Orang kafir memang sebegitu, pakai skirt pendek, pakai baju nampak bra tetapi hati baik. Habis apa yang membezakan wanita Islam ?


3) "Suka-suka hati je nak paksa-paksa kami solat, suruh kami pakai tudung, kan dalam Islam tiada paksaan ?"

Jawapan:
Ayat Al-Quran "..tiada paksaan dalam Islam" itu merujuk kepada orang-orang bukan Islam tidak wajib menganut dan mengikut cara Islam jika mereka tidak rela. Tetapi untuk orang-orang Islam, mereka BOLEH DIPAKSA untuk mengikut hukum-hukum syariah yang ada...contohnya hukum hudud....qisas..tak payah putar belit pulak...anak tak tutup aurat, boleh dipaksa dan dihukum sepatutnya..

4) "Kami pakai ketat-ketat pun, kami masih pakai tudung.. apa salahnya ?"

Jawapan:
Pakai pakaian yang menampakkan bentuk badan (ketat-ketat), sama je macam tak pakai pakaian langsung. Ertinya dalam Islam, kalau seseorang wanita memakai baju ketat dan seluar sendat tu, samalah macam orang yang berbogel. Tudung tu kira tiada makna...bertudung tetapi nampak macam telanjang, apa gunanya..?

5) " Tipulah pakai sanggul tinggi-tinggi tu tak cium bau syurga..?

Jawapan:
Hukum pakai sanggul tinggi, hadis mengatakan jika pakai takkan cium bau syurga. So kalau tak nak cium bau syurga takpela, teruskan pakai la sanggul tinggi (macam bonggol unta) tu...

Tips Berhenti Merokok (bagi yang serius sahaja)

1. MELENGAHKAN MASA

Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus,tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Katakan pada diri anda
"nanti"
setiap kali anda ingin merokok.

2. MENARIK NAFAS PANJANG
Tariklah nafas panjang tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. MINUM AIR
Minum air banyak-banyak, sebaik-baiknya air galian atau air masak suam. Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.


4. MEMBUAT SESUATU
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok.

5. MENGUNYAH SESUATU
Mengunyah sesuatu seperti gum, lolipop, lobak merah, buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula.


6. MANDI ATAU BASUH TANGAN
mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. MELAKUKAN SENAMAN REGANGAN


8. MEMOHON DOA
Mohonlah doa agar Tuhan kuatkan azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya.

Insya Allah...
selamat beramal..

Thursday, September 08, 2011

Keberkatan Surah Al-Ikhlas


Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan
bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita
dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah
salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam
kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada
akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat
memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam
tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.


Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas
sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di
dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat
akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu
menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah
antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara
kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca
surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak
tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.


Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya
(Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000
tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak
12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga
ke barat.

Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya
membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini
kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki
mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya
Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus
Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu
tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota
Sabda Rasulullah SAW:
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya
seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1)
Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang
bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

ADAB MENDENGAR AZAN


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati . Mengapa Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa..
Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratul maut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ' Hendaklah Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan Berkumandang . Sebagai orang beragama Islam Kita wajibMenghormati azan Banyak fadhilatnya .
Jika lagu Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .'

semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin . .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

P rose s ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belumpun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di-Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE , Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .
 Prose s ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia..
Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Allahu Akhbar ! 

Monday, May 16, 2011

Bertukar Arah..??

assalamualaikum n hello guys!!dah lama tak menjejakkan mata diblog sendiri ni..;p banyak masalah yang tak dapat dielakkan.that's y nourul susah nak update blog ni..sori mr.nuffnang!hehee.alaa..mr.nuffnang pon ape de kesahkan..kalau nourul xupdate blog xdapat la income dr nuffnang.siapa yang rugi???nourul ke nuffnang??lu pikirlah sendiri..hahaha..ok la..by da way..nourul nak inform kat kawan2 semua,nourul ada bukak blog baru..(blog lama tak terjaga nak bukak lagi blog baru..ape daaa..) bukan apa..nourul nak try blog ke arah hiburan je.yang sampingan nourul tetap setia tulis kat blog ni..kalau kawan2 ada kelapangan mehla jenguk blog nourul yang lagi 1..http://liriklaguduludankini.blogspot.com/ terima kasih daun keladi pada siapa yang sudi datang ke blog nourul ni..:)