duit poket nourul..

jom exchange link :)

Friday, November 23, 2012

Gadis 16 Tahun Mati Terjatuh Sebelum Jumpa Kekasih


KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

Kredit to kosmo online

Thursday, November 22, 2012

Jujur itu penting

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang sudi singgah di blog nourul ni.entri kali ni kita cerita pasal KEJUJURAN.nak dijadikan cerita,tadi nourul pergi bank sebab nak keluar duit kat kaunter.lepas tu,kerani bank tu terbagi lebih duit kat nourul.uishh!ini kalau diikutkan nafsu,nourul ambil je duit tu.tapi nourul pegang pada kata kata ni 'what goes around comes around'..anda rasa apa yang akan jadi pada kerani bank tu tadi bila duit yang dipertangungjawabkan kat dia tu tak tally dgn sistem?mesti dia yg kena bertanggungjawab..ye tak?kalau ye,tolong angkat tangan..:-) kesian la dekat kerani tu kan,orang lain yang sedap sedap belanjakan dia yang kena tanggung rugi.
Ini lah yang nourul maksudkan dengan what goes around comes around..kita tak tahu apa akan jadi masa depan.jadi,jangan menganiaya orang lain kalau anda tak nak dianiaya.lambat atau cepat balasannya tu,itu kerja Allah.walau dalam apa situasi pun,kita kena jujur.kalau kita tak dapat hidup mewah didunia,in shaa Allah kita akan hidup mewah diakhirat kelak.ingat kawan kawan,apa yang kita buat pasti akan ada balasannya tak kira baik atau tidak.
Semoga entri kali ni memberi kebaikan kepada kita semua..sekian.

Tuesday, November 06, 2012

COME BACK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..dah lama rasanya nourul tak update blog ni kan.dah tumbuh lalang dah ni ha.huhu..ok la ye.entri come back ni just untuk testing menulis balik je ni.blog ni pun belum dikemaskan lagi.jumpa lagi dalam masa terdekat ni ye kawan kawan..papai!