duit poket nourul..

jom exchange link :)

Thursday, August 05, 2010

Aku Yang Prihatin..

salam semua..:) anda semua dah lunch lom?nourul hari ni xsempat nak lunch..tapau mc'D je tadi..ni pun tengah makan kentang goreng sambil dok tunggu bas gerak menuju ke destinasiku iaitu Tampin..hehee..ekcelli nak cite sikit kat anda semua..tadikan,mase nourul dlm KTM,adelah sorang gurl ni dok sebelah nourul..nourul ni pulak jenis yang naik2 KTM terus sumbat telinga ngan earfon n dengar lagu kat mp3 fon nourul..dah tu bile dah takde ape nak buat,nourul tido la..sedar2 je nourul dr tido yang tak brape nak lena,nourul tengok orang2 sume dok gelak taw.nak tau sebab ape??..sebab dak gurl sebelah nourul tu ley landing baik dkt tangan nourul yang nourul ltk kat atas beg!!laaa..patotla sume org dok gelak..xpasal2 je jd tumpuan org taw..huhu..malu2..;p tapi nourul gelak gak ckit2..hehe..nourul pon bia je dak gurl tu tido,cian lak tengok die dok tersengguk2..ngantok naa gayenye..huhu..xlame pastu die turun kt destinasi die iaitu Nilai..nourul pon mneruskn p'jlnn hingga ke destinasi pilihan iaitu Seremban..ok la..bus pon dah gerak utk ke Tampin..:)smpai cni dulu..papaii..^_^..

p/s : prihatin itu baik..:)

Wednesday, August 04, 2010

PANAS + RINDU = DEMAM

salam semua..hope kawan2 yang berkunjung kat blog nourul ni sihat2 belaka la ye..entri kali ni nourul cuma nak cerita pasal life nourul yang semakin sibuk dengan assigment2 yang bertubi2 menumbuk dan menampar nourul..teruk betul keadaan sekarang ni,kritikal dah ni haa..huhuhu..walau cmne pon nourul tetap gak curik masa ckit nak balik kampung,rindu dah kat mak ni..kat ayah pon rindu gak tapi kat mak lagi rindu..padahal bru 2 mggu kat cni,anak manja ke ape ni ek?hahaha..word panas tu pulak takde kene mengena pon dgn org lain cuma cuaca skrg ni tak menentu..kat kwsn PJ ni panas tiap2 ari..serius tak tipu!panas die bukan bahang aje taw,panas die tu menyakit n memeritkan..tu yang nourul sampai demam ni haa..sobss3..so skrg ni nourul xley dah nak minum teO ais kegemaran ku buat sementara waktu ni,kene berpantang kejap..takot lambat sembuh pulak..ok lah,u oll pon jaga kesihatan ye..jangan demam2 mcm nourul ni.nak buat keje pon xde mood dah..ape yang penting,besok kene balik kg jumpe my mom..mane tau elok pulak bile dah jumpa mak kn,..hehehe..ngade2 je..hikhikk..

p/s: buat entri ni dlm keadaan agak tingtong sbb baru pas mkn ubt..huhu..

Tuesday, August 03, 2010

Suzanne - Muahh!!



jom layan lagu ni..confirm like this punye la..
hehehe..kalau suka bolehla download kat link
bawah ni ok..enjoy this song!^_^..

SUZANNE - MUAHH

Monday, August 02, 2010

DATUK MAZNAH HAMID

salam untuk semua yang melawat blog nourul..:) bagi yang bekerja,rajin2 la buat kerja yang bos bagi tu ye..hehee..bagi yang masih belajar n pelajar macam nourul ni,study smart not too hard k..^_^..ok,sekarang nourul tengah menyiapkan tugasan yang lecturer nourul berikan iaitu mengenai DATUK MAZNAH HAMID.segalanya tentang beliau..tapi nourul tengah mencari biodata beliau yang masih belum dijumpai..ade siapa2 tau tak dari mana nak dapat biodata @ profile beliau ni?..kalau ada,tolong inform di ruangan komen ye..kerjasama anda amat saya hargai..hehehe..:)


p/s : kan best kalau dpt jumpa DATUK MAZNAH HAMID face to face..tanya je teruskan?.hehehe..

sedihnya..hurmm..

assalamualaikum dan salam 1 malaysia semua..:)anda semua ape kabar hari ni?hope sihat la ye..hari ni merupakan hari yg pelik bg nourul sbb 1st time wat entri pagi2..selalunya pagi2 mcm ni nourul ade kat kelas..tapi hari ni dok ngadap laptop pulakkn..huhuhu.ekcelli kelas nourul hari ni dibatalkan tapi tak tau la sebab ape..mybe lecturer busy kot..seronok gak takde kelas ni,boleh siapkan assigment subjek lain.hehehe..tapi sedih jugak sebab nourul nak sangat tengok AKTA AGENSI yang lecturer nourul suruh carik minggu lepas.puas nourul carik kat semua kedai buku tapi tak jumpa..mcm mane la rupenye agaknye ek??.huhuhu..


p/s : blog pertama yg nourul singgah pagi ni adalh blog abg ben yg sentiasa ade entri baru..:)

Sunday, August 01, 2010

Mulai 1 Sept, Hanya Mereka Miliki Ijazah Diterima Untuk Jawatan Pegawai ATM

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Selaras dengan usaha permodenan Kementerian Pertahanan, mulai 1 September ini, kementerian itu akan hanya menerima permohonan daripada mereka yang mempunyai ijazah bagi jawatan pegawai dalam ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), iaitu darat, laut dan udara.

Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ATM memerlukan pegawai yang mempunyai latar belakang akademik yang baik, terutama dalam bidang sains dan teknologi untuk mengendalikan peralatan tersebut memandangkan pasukan itu kini memulakan usaha memodenisasikan penggunaan peralatan tentera yang canggih dan berteknologi tinggi.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program merakyatkan seni budaya bersama Orang Kelainan Upaya (OKU) sempena Bulan Kemerdekaan di sini, beliau berkata selaras dengan peraturan baru itu, skim jawatan pegawai ATM juga akan disesuaikan berdasarkan dengan kelayakan akademik mereka.

Mereka yang memiliki ijazah itu juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dan doktor falsafah setelah berkhidmat dengan ATM berdasarkan jika mereka layak setelah menduduki peperiksaan yang ditentukan, tambahnya.

Selain itu, Ahmad Zahid juga berharap lebih ramai bukan Bumiputera memohon untuk berkhidmat dengan ATM kerana berdasarkan statistik penglibatan bukan Bumiputera dalam bidang ketenteraan amat rendah.

"Kita harap dengan peningkatan gaji untuk pegawai-pegawai serta peningkatan kelayakan ini, diharapkan lebih ramai bukan Bumiputera akan menyertai ATM," kata Ahmad Zahid.

FULAMAK CARTA SMS SINAR!

salam semua..bagi siapa-siapa yang meminati lagu dalam carta sms sinar anda bolehla download disini..klik sahaja pada tajuk lagu dan ikut arahan seterusnya..selamat mendownload..^_^..

HARUM SUBUR DI HATI - BUMI PUTERA ROCKERS
ISTILAH BERCINTA - RAMLI SARIP
DIAM - DIAM JATUH CINTA - RAMLAH RAM
SEMBILU - ELLA
GADIS DAN BUNGA - RAHIMAH RAHIM
SEJATI - WINGS
GADIS KU - SEARCH
AKU CINTA PADA MU - DATO' SITI NURHALIZA
UNTUK MU SAYANG - FEBIANS
CURANG - LAKSAMANA
MENGEMIS RINDU - NORANIZA IDRIS
RELA - TILA
HANGATNYA CINTA - LIYANA

kalau nak request apa2 lagu bolehla letak diruangan komen ok..:)
p/s : nourul pun peminat no 1 sinar.fm..hehehe..retro punye jiwe..;p