duit poket nourul..

jom exchange link :)

Tuesday, September 28, 2010

belum tua dah nampak tua??



salam aidilfitri nourul ucapkan kepada pengunjung blog nourul yang muslim dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim..entri kali ni nourul nak kongsikan tips2 yang nourul dapat masa tengah dok baca majalah mingguan wanita tadi..tips yang mana wanita nampak lebih tua dari usia sebenarnya bila terdapat sedikit kesilapan pada solekan mereka..jom kita tengok puncanya..

ALAS BEDAK YANG TEBAL
mekap yang terlalu tebal menjadi salah satu sebab kenapa wanita nampak lebih tua dari usia sebenar mereka.Jadi untuk mengelakkan dari wajah kita nampak terlalu tua dari usia sebenar
kita,kita harus mengelakkan dari memekai bedak asas yang terlalu tebal di wajah kita.

kita boleh memilih yang tipis dan setelah memakainya ke wajah,tekan-tekan lagi dengan berus yang lembap terutama disekitar wajah yang mempunyai kedutan supaya dapat menyerap lebihan alas bedak dibahagian berkenaan.

semakin banyak kulit yang boleh ditunjukkan adalah lebih baik. sekiranya kulit kita cukup lembap,kulit yang segar akan terlihat awet muda daripada kulit yang tertutup dengan pelbagai alat kecantikan.

BEDAK ASAS YANG TERLALU TERANG
selain bedak asas yang terlalu tebal,warnanya yang lebih pucat dari warna kulit asal juga akan lebih menampakkan garis halus pada wajah.

buat mereka yang berumur,sebaiknya pilih warna yang lebih gelap dari warna asal kulit iaitu satu atau dua tingkat lebih gelap dari warna kulit.formula ini akan menampakkan wajah kita lebih bersinar.

SILAP SAPU PENGGARIS MATA
sapuan penggaris mata digaris mata bahagian bawah akan menampakkan mata kita lebih kecil. selain itu, ia juga akan menarik perhatian orang lain terhadap lingkaran hitam dibawah mata kita. sebaiknya,aplikasikan saja penggaris mata di garis mata bahagian atas dan pastikan garisnya semakin menebal ke sudut mata.

PEMERAH PIPI PADA TULANG PIPI
hati-hati menyapu pemerah pipi terutama pada tulang pipi kerana ia menampakkan kulit yang sudah kendur.justeru itu, tambahkan warna-warna pada titik tertinggi pada tulang pipi kita. pastikan tidak terlalu dekat ke arah hidung dan naikkan ke atas dengan berus yang cukup besar untuk menutupi seluruh tulang pipi.

selain itu, hindari pemakaian warna yang terlalu glamor.warna-warna seperti emas dan coklat tua akan membuatkan wajah kita nampak tirus jika kita bertubuh kurus sebaliknya jika berwajah bulat akan nampak seperti badut. warna-warna natural seperti merah jambu menjadi pilihan terbaik bagi apa-apa pun warna kulit wajah kita.

SALAH GUNA BEDAK TABUR
bedak tabur berfungsi untuk mengurangkan minyak yang boleh menyebabkan hidung atau dagu kelihatan berkilat. begitu pun pada bahagian lain,penggunaan bedak tabur boleh menampakkan kedutan lebih jelas selain membuat kulit menjadi kering. justeru itu,hindari penggunaan bedak tabur terutama dibahagian daerah mata.

PEMBAYANG MATA YANG BERKILAT DIHUJUNG MATA
kadang-kadang sedikit kilauan boleh mencantikkan mata dan membuat solekan pada mata kelihatan terlalu sederhana.namun,bagi yang lebih berumur,kilauan dihujung mata dapat menjelaskan lagi garis halus atau kedutan.jika kita ingin solekan lebih bersinar sapukan ia pada sudut bahagian dalam iaitu dibahagian tengah kelopak mata dan pada sekitar bulu kening.

PENGGUNAAN MASKARA
melapisi maskara pada bahagian bawah bulu mata akan menampakkan garis-garis halus dan kedutan pada sudut luar mata serta lingkaran hitam bawah mata.

hindari menyapu maskara dengan banyak kerana ia akan mudah bergumpal.bulu mata semakin kering apabila usia seseorang itu semakin bertambah.jadi maskara akan lebih mudah bertompok diwajah kita. oleh itu,pastikan kita tidak lupa menyepit bulu mata agar mata nampak lebih besar dan ia juga membantu kita nampak lebih muda.

LIPSTIK YANG TERLALU MENONJOL
warna lipstik yang terlalu terang,terlalu gelap dan metalik tidak sesuai digunakan bagi bibir yang nipis.pilihlah warna yang lebih natural.selain itu, kita boleh menggantikan lipstik dengan pengilat bibir berwarna yang dapat membuat bibir kita nampak penuh.

kredit to majalah mingguan wanita..:)

No comments:

Post a Comment