duit poket nourul..

jom exchange link :)

Wednesday, August 11, 2010

Suami Isteri Maut Sebelum Sempat Berbuka Puasa.

SEREMBAN, 11 Ogos (Bernama) -- Sepasang suami isteri tidak sempat menghabiskan hari pertama ibadah puasa mereka Rabu apabila terbunuh dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Km 253.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Senawang petang ini.

Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun yang dikenali sebagai Mohd Daniel, iaitu anak kepada angkat pasangan terbabit bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami luka di mata dalam kemalangan 4 petang itu.

Pasukan bomba dan penyelamat dari Senawang mengeluarkan mayat suami isteri yang tinggal di Tampoi itu, dari kereta mereka.

Polis berkata yang terbunuh dikenali sebagai Jamat Yaacob, 49, yang dipercayai bekerja sendiri dengan membekalkan bola golf terpakai di kelab-kelab golf sekitar Kuala Lumpur.

Ratusan bola golf dilihat bertaburan di sekitar kawasan kemalangan.

Isteri Jamat, Rosmah Omar, 48, cedera parah di kepala.

Pemandu lori treler itu, Alghazi Khamis, 48, berkata beliau bersama isteri dan anaknya yang berumur 5 tahun sedang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari Johor apabila treler yang dipandunya mengalami kerosakan.

"Treler saya tidak dapat bergerak akibat kerosakan pada long shaft. Saya tidak dapat bergerak ke lorong kecemasan dan terpaksa berhenti di lorong tengah," katanya kepada Bernama.

Beliau kemudian turun dari lorinya untuk meletakkan kon amaran kecemasan di belakang trelernya sebelum naik semula ke dalam treler.

"Tidak sampai tiga minit kemudian, tiba-tiba treler saya bergegar dengan kuat dan saya nampak sebuah Toyota Unser terperosok ke bawah treler saya," katanya.

Dalam kejadian berasingan di Nilai, seorang wanita yang berusia lingkungan 20-an terbunuh selepas tercampak dari kereta Kancil yang turut dinaiki tiga rakannya.

Menurut polis, wanita terbabit yang duduk di sebelah pemandu tercampak selepas kereta itu terbabas ke lereng bukit pada pukul 3.50 petang di Km 273 berhampiran kawasan rehat Seremban.

Kereta Kancil terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan dari Nilai menuju Melaka.

Tiga lagi penumpang termasuk pemandunya terselamat.

3 comments:

  1. hati2 di jalanraya, ingat orang yg tersayang..

    ReplyDelete
  2. diraja22: btol tu diraja22..
    bg pengguna jln raya diluar sana..
    hati2 la ye bile memandu tu..
    engtlah org t'syg..
    fie: mmg ngeri..takotkn bile tgk xcident mcm ni..

    ReplyDelete