duit poket nourul..

jom exchange link :)

Thursday, September 30, 2010

balik kampung lagi??!!

nourul :aku nak balik kampung la hari ni..
aini :laaa...baru balik sini tak sampai seminggu ko dah nak balik umah lagi?
nourul :aku ade hal la..
aini :ape la hal nye tu..ke ko nak jumpe pakwe ko kat kampung tu..?hehehee..
nourul :oit!!pekejadahnye pakwe2 ni..aku ni single la..mane datang pakwenye..
aini :hehehe..yela tu..
nourul :betol la..actually aku nak balik ni sebab minggu depan kolej aku ade wat majlis sambutan hari raye..
aini :so..ape kene mengena dengan balik kampung ni?
nourul :aku nak ambil baju raye aku la kat umah..aku mane ade bawak baju raye mase balik sini aritu..takkan orang lain pakai baju raye aku pakai baju biase je..huhuhu..(muka seposen)
aini :laa..pasal tu ke..ok la..ko balik la umah,pegi jemput baju raye ko tu..sian dah aku tengok muke seposen ko tu..so,bile ko nak balik sini?
nourul :aku cadang nak balik hari sabtu ni..
aini :owh..ok..hati2 jalan ye..jatuh bangun sendiri..takde pakwe nak tolong angkat ko..
nourul :amboi...sampai hati..:(

p/s :nourul balik dulu ye..hehhee..

Wednesday, September 29, 2010

MENJAWAB TAG PULAK..

firstly nourul nk perkenalkan blogger yang men-tag nourul kali ni..cik punye belog ni perkenalkan dirinye sebagai budak gemok..blog beliau ni meriah taw..kalo tak caye klik la kt link name beliau tu..:)

1. name one person who made u laugh last night?
dewi n raja..my roomate..slalu wat nourul gelak kuat2 bile tiba je time tido..hehee.

2. what were u doing 1 hour ago?
tido sbb tak tau nak watpe..huhu..

3. what was da last thing u said out loud?
tolong la jgn menyibuk hal aku!aku tampar kang b'pusing pale baru taw!..

4. where da next place u're going to?
bilik air..nak basuh baju..

5. what was da last thing u paid for?
makanan bukak pose semalam..(beli kt pasar mlm jerk..)

6. where were u last nite?
dalam umah sewa ni je,wat keje ckit ngan kwn2..

7. what's da best ice cream flavouring?
ape2 ais krim asalkan b'perisa coklat..

8. do u wanna cut ur hair?
ade gak niat nk potong rmbut ni tapi sygla..huhu..

9. do u love to 'melatah'?
xde la suke tapi kdg2 t'melatah sndri..nk wt cmne tu?

10. if that so (melatah)..what u will say out loud?
xengat la..slalunye die automatik keluar sndri dr mulut ni..

11. what does da last text-msg received say?
akak g naik keta bkn jln kaki..

12. will u get married in da future?
insyaAllah..sampai seru kawin la saye..

13. do u chew on ur straw?
nope..

14. do u make-up ur own words?
ade gak dulu..mase zmn skola..

15. is there anyone u like/love right now?
buat mase skrg hnya family n kwn2 je yg sy syg..

16. tag to other 5 bloggers/more..
akan dimaklumkan..

Tuesday, September 28, 2010

belum tua dah nampak tua??



salam aidilfitri nourul ucapkan kepada pengunjung blog nourul yang muslim dan salam sejahtera kepada yang bukan muslim..entri kali ni nourul nak kongsikan tips2 yang nourul dapat masa tengah dok baca majalah mingguan wanita tadi..tips yang mana wanita nampak lebih tua dari usia sebenarnya bila terdapat sedikit kesilapan pada solekan mereka..jom kita tengok puncanya..

ALAS BEDAK YANG TEBAL
mekap yang terlalu tebal menjadi salah satu sebab kenapa wanita nampak lebih tua dari usia sebenar mereka.Jadi untuk mengelakkan dari wajah kita nampak terlalu tua dari usia sebenar
kita,kita harus mengelakkan dari memekai bedak asas yang terlalu tebal di wajah kita.

kita boleh memilih yang tipis dan setelah memakainya ke wajah,tekan-tekan lagi dengan berus yang lembap terutama disekitar wajah yang mempunyai kedutan supaya dapat menyerap lebihan alas bedak dibahagian berkenaan.

semakin banyak kulit yang boleh ditunjukkan adalah lebih baik. sekiranya kulit kita cukup lembap,kulit yang segar akan terlihat awet muda daripada kulit yang tertutup dengan pelbagai alat kecantikan.

BEDAK ASAS YANG TERLALU TERANG
selain bedak asas yang terlalu tebal,warnanya yang lebih pucat dari warna kulit asal juga akan lebih menampakkan garis halus pada wajah.

buat mereka yang berumur,sebaiknya pilih warna yang lebih gelap dari warna asal kulit iaitu satu atau dua tingkat lebih gelap dari warna kulit.formula ini akan menampakkan wajah kita lebih bersinar.

SILAP SAPU PENGGARIS MATA
sapuan penggaris mata digaris mata bahagian bawah akan menampakkan mata kita lebih kecil. selain itu, ia juga akan menarik perhatian orang lain terhadap lingkaran hitam dibawah mata kita. sebaiknya,aplikasikan saja penggaris mata di garis mata bahagian atas dan pastikan garisnya semakin menebal ke sudut mata.

PEMERAH PIPI PADA TULANG PIPI
hati-hati menyapu pemerah pipi terutama pada tulang pipi kerana ia menampakkan kulit yang sudah kendur.justeru itu, tambahkan warna-warna pada titik tertinggi pada tulang pipi kita. pastikan tidak terlalu dekat ke arah hidung dan naikkan ke atas dengan berus yang cukup besar untuk menutupi seluruh tulang pipi.

selain itu, hindari pemakaian warna yang terlalu glamor.warna-warna seperti emas dan coklat tua akan membuatkan wajah kita nampak tirus jika kita bertubuh kurus sebaliknya jika berwajah bulat akan nampak seperti badut. warna-warna natural seperti merah jambu menjadi pilihan terbaik bagi apa-apa pun warna kulit wajah kita.

SALAH GUNA BEDAK TABUR
bedak tabur berfungsi untuk mengurangkan minyak yang boleh menyebabkan hidung atau dagu kelihatan berkilat. begitu pun pada bahagian lain,penggunaan bedak tabur boleh menampakkan kedutan lebih jelas selain membuat kulit menjadi kering. justeru itu,hindari penggunaan bedak tabur terutama dibahagian daerah mata.

PEMBAYANG MATA YANG BERKILAT DIHUJUNG MATA
kadang-kadang sedikit kilauan boleh mencantikkan mata dan membuat solekan pada mata kelihatan terlalu sederhana.namun,bagi yang lebih berumur,kilauan dihujung mata dapat menjelaskan lagi garis halus atau kedutan.jika kita ingin solekan lebih bersinar sapukan ia pada sudut bahagian dalam iaitu dibahagian tengah kelopak mata dan pada sekitar bulu kening.

PENGGUNAAN MASKARA
melapisi maskara pada bahagian bawah bulu mata akan menampakkan garis-garis halus dan kedutan pada sudut luar mata serta lingkaran hitam bawah mata.

hindari menyapu maskara dengan banyak kerana ia akan mudah bergumpal.bulu mata semakin kering apabila usia seseorang itu semakin bertambah.jadi maskara akan lebih mudah bertompok diwajah kita. oleh itu,pastikan kita tidak lupa menyepit bulu mata agar mata nampak lebih besar dan ia juga membantu kita nampak lebih muda.

LIPSTIK YANG TERLALU MENONJOL
warna lipstik yang terlalu terang,terlalu gelap dan metalik tidak sesuai digunakan bagi bibir yang nipis.pilihlah warna yang lebih natural.selain itu, kita boleh menggantikan lipstik dengan pengilat bibir berwarna yang dapat membuat bibir kita nampak penuh.

kredit to majalah mingguan wanita..:)

Wednesday, September 08, 2010

selamat hari raya!!

duli-duli yang maha mulia raja-raja,dengan ini mengumumkan bahawa esok raya..ehehehe..bukan esiokla..tapi hari jumaat bersamaan 10 september 2010.kepada pengunjung blog nourul,ampun maaf dipinta andai selama nourul bersosial disini ade terkasar bhase,terkutuk tak semena-mena ye.hehehe..raya ni jemputlah dtg rumah ye..dokek yo.kek kolo pilah yo.:)


Friday, September 03, 2010

balik kampung!!!

salam semua..tak de ape dah nak cakap sebab nourul nak gerak dah ni pulang ke kampung halaman..hehehe..hope perjalanan nourul tiada rintangan..aminn..ade sape2 nak ikot tak??jom la..:)

Wednesday, September 01, 2010

dugaan bulan puasa..

salam n haluu2 malaysia..ehehee..hari ni merupakan hari yang bosan sebab pagi2 lagi nourul dah menghadapi hari yang sungguh tak indah..dah la terlajak tido n tak sempat nak sahur..perut seronok memainkan irama keroncong..sungguh tak best bunyinye.huhuu..siap2 je pegi tunggu bus kat bus stop depan rumah tu..tunggu dari pukul 8 sampai la pukul 8.45 baru bus sampai..perghh!!menyirap betol!!selalunya bus 15 minit tunggu dah sampai.ni lame giler tunggu baru la sampai sebuah bus.dah tu penuh bukan main busnye..sardin dalam tin pon tak macam tu taw..tersepit la jawabnye kan..dah tu boleh pulak driver bus tu berhenti ambil org lagi..adoii!!pak cik oii!!bus da penuh giler2 pon still lagi nak ambil org..penyek mcm roti sardin dah ni haa..hmmm..sampai2 kat kelas memang lambat la kan..kelas kol 9 sampai kol 9.20..nasib la kitorg dah telifon lecturer awal2 n cakap kitorang sampai lambat sebab bus takder..sampai kat kelas lecturer pon mula mengajar..cukup je setengah jam lecturer berceloteh tanpa sebarang lawak,mata nourul mula mengecil seperti mahu dilelapkan seketika..huhuhu..nasib baik lecturer tengok dah ramai yang terlelap terus dia bagi rest..hehehee..suke2..;p kesempatan ini lah yang ditunggu2..hohohoo..rehat selama setengah jam tak nourul sia2kan..tido la kite ye..hehehee..then,balik dr kolej ke rumah sewa pulak..naik bus yang sama mcm pagi tadi..still gak tak dapat duduk..letihnye tak payah cakapla..hanya Tuhan yang tahu..uhuhuu..dah tu ade budak skola dok memekak je..rase macam nak hempuk je dengan fail nourul yang berat tu taw..nasib la masih ada kesabaran dihatiku ini..huhuu..sekian saja untuk dikongsikan hari ni..adioss kawan2..:)