duit poket nourul..

jom exchange link :)

Thursday, November 24, 2011

Membaca Hobi Atau Keperluan?..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!!^_^..thank you sebab masih ada yang sudi singgah di blog Called Me Nourul ni walaupun dah bersawang dan berhabuk.actually,entri kali ni cuma santai-santai sahaja untuk nourul bagi pendapat nourul dan kawan-kawan boleh beri komen atas apa yang nourul tulis..

Membaca itu HOBI atau KEPERLUAN?..
Pada pendapat nourul,membaca itu lebih kepada keperluan untuk seseorang individu.tanpa membaca,kita seolah-olah tak ada apa-apa macam tin kosong.jadi,membaca itu amat penting untuk kita menambah pengetahuan bagi meningkatkan mutu diri kita.nourul berpendapat sebegini adalah kerana,baru-baru ini nourul ada menghadiri 1 sesi temuduga yang memerlukan nourul menjawab soalan yang ditanya oleh panel penemuduga yang kebanyakkannya soalan berkisarkan pengetahuan am.pengetahuan am ini meluas.ia bukan berkaitan dengan apa yang kita pelajari di dalam kelas semasa di IPT.ianya perkara yang berlaku disekeliling kita..memperbanyakkan membaca surat khabar dan bahan bacaan lain dapat membantu kita menambahkan pengetahuan am kita,menjadikan kita insan yang berilmu dan sekaligus membantu kita dalam menjawab soalan yang diajukan oleh panel semasa temuduga.

Membaca membantu kita dalam segala hal sebenarnya..nak berjalan kemana-mana kena baca sign board,takut tersesat jalan pulak nanti..nak beli makanan,kena tengok menu dan baca menu tersebut sebelum memesan makanan..nak beli barang tak kisahlah barang keperluan atau barang yang bukan keperluan,kena baca dulu pek nya sebelum dibeli sebab takut salah barang pulak..nak membalas mesej di telefon bimbit pun membaca jugak,kalau tak baca tak tau nak balas apa..betul tak?..

Jadi,membaca ni bukan sekadar hobi tapi ianya KEPERLUAN dalam hidup kita..sesungguhnya,insan yang berilmu itu dipandang tinggi.macam mana nak jadi insan berilmu??rajinkan diri untuk MEMBACA..

Sekian untuk kali ini..terima kasih atas kesudian untuk membaca entri nourul..sebarang komen,sila taipkan diruang komen yang ada dibawah..salam mesra dari nourul..^_^


2 comments:

  1. Membaca itu keperluan tapi org yg menjadikannya hobi tak akan rasa terpaksa bila membaca kan? ;D
    Byk membaca lebih byk ilmu pengetahuan kita ^^

    ReplyDelete