duit poket nourul..

jom exchange link :)

Sunday, August 15, 2010

DATUK MAZNAH HAMID



Datuk Maznah Hamid dikenali sebagai The Iron Lady atau Wanita Waja. Gelaran itu mencerminkan dirinya yang bersikap dinamik dan berpendirian teguh dalam mempertahankan apa yang beliau usahakan sehingga mencapai impiannya. Datuk Maznah berpegang pada falsafah ‘modal utama adalah diri sendiri’. Beliau benar-benar yakin dorongan dari dalam dapat memacu individu itu menjadi cemerlang.

Nama Datuk Maznah Hamid bukan sahaja tersohor sebagai usahawan terkemuka tetapi juga terkenal sebagai penceramah motivasi. Berasal dari Ayer Hitam, Kedah, beliau dibesarkan oleh neneknya dan diterapkan dengan pendidikan agama serta diasuh dengan budi pekerti yang baik sejak kecil. Datuk Maznah adalah wanita Malaysia pertama mengurus syarikat kawalan keselamatan.

Datuk Maznah dan suaminya memulakan operasi Securiforce Sdn Bhd. Pada tahun 1981 beliau menggunakan modal RM5 ribu yang merupakan simpanan beliau dan lima orang pengawal bagi memulakan bisnesnya. Jika dibandingkan dengan syarikat sekuriti lain, mereka memulakan bisnes ini dengan modal yang besar diantara RM500 ribu hingga 1 juta ringgit. Datuk Maznah turut menyandang beberapa tugas serentak pada waktu itu. Oleh kerana tiada upaya bagi mengambil ramai pekerja, Datuk Maznah serta rakan kongsinya iaitu Tuan Haji Shaheen, terpaksa melakukan tugas daripada mengurus operasi, bill collector, peronda dan kadangkala menjadi pengawal apabila pekerja-pekerja mereka bercuti raya ataupun cuti umum. Beliau belajar erti susah dan pengorbanan dalam dunia bisnes. Pengalaman itu membolehkan beliau mencipta dan menjual sistem kawalan keselamatan.

Pada peringkat awal, Securiforce Sdn Bhd hanya memberi khidmat kawalan keselamatan biasa dan khidmat Cash-In-Transit. Ia terpaksa bersaing dengan ratusan syarikat kawalan keselamatan yang sudah bertapak kukuh. Berkat usaha gigih Datuk Maznah yang berterusan, syarikatnya berkembang maju. Kini ia mempunyai lebih 50 buah cawangan di seluruh Negara, lebih daripada 400 ribu orang pekerja dan dikelilingi ratusan senjata api serta ratusan van kalis peluru.

Bagi menepati keperluan semasa, Securiforce juga bergiat aktif di peringkat antarabangsa dengan menubuhkan Securiforce Logistics dan membuka cawangan di Singapura, Bangkok, China, Korea, Turki dan Jerman. Apa yang menarik mengenai kejayaan Datuk Maznah adalah semua anak syarikatnya ditubuhkan dan berkembang maju tanpa sebarang bantuan kewangan daripada pihak bank. Kejayaan ini dikagumi oleh pelbagai pihak dan lapisan masyarakat. Prinsip kejayaan beliau adalah modal perniagaan yang sebenarnya adalah dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment