duit poket nourul..

jom exchange link :)

Friday, August 13, 2010

Warga Emas Mati Ditetak Jiran Akibat Selisih Faham

SHAH ALAM, 12 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga emas mati ditetak jirannya di hadapan rumahnya di Pelabuhan Klang pagi tadi, sekembali daripada berjoging.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop ketika dihubungi memberitahu suspek seorang lelaki berumur 64 tahun telah datang membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang pada pukul 8.45 pagi.

Mohamad berkata kejadian itu berlaku selepas suspek dan jirannya, Teoh Chai Hock, 70, bergaduh di hadapan rumah mereka yang terletak bersebelahan antara satu sama lain di Jalan Sekolah di sini kira-kira pukul 8 pagi Khamis.

Dalam pergaduhan itu, Mohamad berkata suspek telah mengambil parang dan menetak kepala dan tangan Teoh sebelum mangsa mati di tempat kejadian.

"Difahamkan pergaduhan ini berlaku kerana perselisihan faham di antara dua orang jiran," katanya.

Beliau berkata suspek kini ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

2 comments:

  1. sengal.. gaduh sampai bunuh2.. hmmm...

    ReplyDelete
  2. a'ah..
    mmg sengal pon..
    so,elakkn la dr p'gaduhan..
    org skrg bkn nk pikir pnjg..
    slh ckit nk bunuh.tkotnye!!

    ReplyDelete