duit poket nourul..

jom exchange link :)

Monday, July 19, 2010

tips tips memastikan matlamat tercapai

Salam semuanya..:) entry kali ni nourul nak berkongsi tips bagi memastikan matlamat hidup kita tercapai.

Matlamat ditulis secara hitam putih

Matlamat yang difikirkan berguna perlu ditulis secara hitam putih dan bukan hanya disimpan dalam fikiran sahaja. apabila menulis,ia menjelaskan secara terperinci apa yang tergambar di dalam fikiran dan ia membantu sikap komited kepada matlamat itu.

Merancang matlamat
Mengamalkan prinsip merancang matlamat mengikut tempoh masa seperti jangka pendek,sederhana dan jangka panjang. kaedah ini membolehkan kita mengetahui kelebihan dan kelemahan rancangan.

Yakin dengan kebolehan diri sendiri
Bersifat yakin bagi mengenali segala bakat dan potensi yang ada dalam diri.

Berfikiran Positif
Membina imaginasi dan bersikap positif dapat menangkis sifat negatif. berani menghadapi setiap halangan,masalah dan pada masa yang sama fikirkan faedah yang diperoleh. lakukan dengan tindakan yang disusun rapi.

Menghalang perasaan takut
Apabila perasaan takut dan bimbang menyelubungi diri,ia menghalang peluang bagi mengecapi peluang yang ada di depan mata. setiap individu mempunyai kemampuan, bakat dan potensi masing2 untuk berjaya. alangkah rugi apabila keistimewaan itu tidak diasah dan digunakan..

Elakkan semangat diri lumpuh di tengah jalan
Tanamkan semangat yang kuat dalam diri bagi mencapai impian yang diidamkan. ia memerlukan keazaman,ketekunan, ketabahan dan semangat yang kental.bak kata peribahasa Melayu,'di mana ada kemahuan,di situ ada jalan'.

selamat maju jaya semua..:)

No comments:

Post a Comment