duit poket nourul..

jom exchange link :)

Thursday, July 29, 2010

Wanita Indonesia Dipenjara Dua Tahun Kerana Buang Bayi


JOHOR BAHARU, 29 Julai (Bernama) -- Seorang wanita rakyat Indonesia pada Khamis dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas dia mengaku salah membuang bayi lelakinya, awal bulan ini.

Majistret Mazana Sinin memerintahkan wanita itu, Juliati, 27, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 12 Julai lepas.

Juliati, mengaku membuang mayat bayi lelaki yang baru dilahirkannya ke dalam semak di Kampung Teluk Serdang, pinggir Jalan Camar 15, Taman Perling, di sini, kira-kira pukul 4.30 pagi, 10 Julai lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Juliati dan rakan serumahnya, Yanti Yulianti, 27, seorang pekerja kedai makan, masing-masing turut dihukum penjara empat bulan selepas mengaku bersalah memasuki negara ini tanpa dokumen sah.

Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di rumah nombor 585 di alamat yang sama pada 4.30 petang, 12 Julai lepas, mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Mazana memerintahkan hukuman penjara yang dikenakan terhadap Juliati berjalan serentak manakala hukuman penjara Yanti bermula dari tarikh tangkap, 12 Julai lepas.

Pendakwaan terhadap kedua-dua wanita itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norazlina Azamuddin manakala kedua-dua mereka tidak diwakili peguam.

1 comment: