duit poket nourul..

jom exchange link :)

Wednesday, July 28, 2010

Penubuhan Sekolah Untuk Remaja Hamil Bukan Penyelesaian Kes Buang Bayi

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Cadangan kerajaan negeri Melaka untuk menubuhkan sekolah khas bagi remaja hamil bukan merupakan penyelesaian terbaik untuk menangani isu buang bayi, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

"Walaupun cadangan itu dilihat sebagai langkah pencegahan untuk menangani isu mengandung luar nikah dan buang bayi, ia mesti dikaji dengan teliti untuk mengelakkan implikasi lain yang mungkin memberikan kesan teruk terhadap kanak-kanak keluarga dan masyarakat," kata beliau.

Sementara cadangan menggalakkan kanak-kanak atau remaja bawah umur terbabit berkahwin dengan sokongan kerajaan negeri, akan dilihat sebagai menyokong perkahwinan kanak-kanak dan "kementerian tetap dengan pendirian bahawa perkahwinan kanak-kanak tidak harus digalakkan kerana ia akan menjejaskan perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak, katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berpendapat meletakkan beban dan tanggungjawab berat sebagai ibu atau bapa kepada remaja bawah umur bukan sahaja akan menyebabkan perkembangan mereka terbantut tetapi juga menjejaskan psikologi, emosi dan pertumbuhan fizikal mereka.

"Mengambil kira kematangan fizikal dan mental kanak-kanak, apa yang penting ialah memberi perlindungan khas dan penjagaan yang sesuai dengan keperluan kanak-kanak," menurutnya.

Shahrizat berkata, pemisahan remaja berkenaan daripada pendidikan arus perdana akan menimbulkan stigma sosial kepada mereka.

"Lagi pun, sekolah itu akan sentiasa dilabel oleh masyarakat sebagai sebuah institusi bagi remaja yang hamil di luar nikah," kata beliau.

Adalah penting untuk memastikan remaja yang hamil luar nikah tidak hilang peluang untuk masa depan dan mesti diberikan peluang untuk menamatkan persekolahan mereka, kerana itu adalah hak mereka, menurutnya.

"Adalah penting untuk memberi perhatian kepada remaja hamil kerana kemungkinan besar mereka akan tercicir daripada persekolahan berikutan tanggapan negatif masyarakat terhadap mereka, terutamanya rakan sebaya dan staf sekolah.

"Penyelesaian yang praktikal mungkin ialah dengan membenarkan remaja hamil menangguhkan persekolahan mereka dan mengaturkan untuk mereka menyambung pelajaran di sekolah lain selepas cuti bersalin".

Menteri itu percaya dengan menyediakan peluang pendidikan kepada remaja hamil akan dapat mengelakkan mereka daripada melakukan kesilapan sama dan hilang hak untuk pendidikan, dan pada masa yang sama mengelakkan mereka daripada dipinggirkan.

4 comments:

  1. nourul.. gayah pon takot gak.. now isu nih hebat dipersoalkan d mediacetak... fuh... tp kalo x diwujudkan..ke mana mereka nak pergi???

    ReplyDelete
  2. idea yang rasanya idea yang rasanya KPM tak berapa nak bagi la..tapi kita tengok la sapa yang lagi power..

    ReplyDelete
  3. @aku_gayahspearsnourul pon takot gayah..
    skrg ni mcm2 ley jd..
    kdg2 bende2 mcm ni di luar kwlnkn..
    hope dijaohkn la ye..aminn..

    ReplyDelete
  4. @nosembilanbelasnourul pon rase mcm 2 no19..tp kalo dwjudkn xke lg bnyk kes2 mcm ni jd?..hmm..

    ReplyDelete